Naughty Dogs menyambut Hari Peminat untuk The Last of Us minggu ini dengan berkongsi gambar pertama Pedro Pascal sebagai Joel dan Bella Ramsey sebagai Ellie, ia memperlihatkan pemakaian yang boleh dikatakan seperti di dalam permainan.

Bukan itu sahaja perkara yang sama seperti permainan video, Neil Druckmann iaitu pengarah untuk siri permainan The Last of Us juga antara yang akan menjadi pengarah untuk siri TV oleh HBO. Seperti diumumkan sebelum ini, siri ini akan mempunyai 10 episod dan akan mempunyai 5 pengarah yang berbeza.

Directors Guild of Canada telah mengeluarkan satu senarai yang memperlihatkan ahli produksi untuk pelbagai siri TV dan filem, bagi The Last of Us mereka menyenaraikan Craig Mazin, Jasmila Zbanic dan Kantemir Balagov yang sudah disahkan sebagai pengarah sebelum ini.

Dua lagi nama di dalam senarai tersebut adalah Peter Hoar dan Neil Druckmann. Berdasarkan penyenaraian di IMDB, Peter Hoar sudah disahkan akan mengarah sekurang-kurangnya satu episod untuk siri ini, akan tetapi tiada penyenaraian untuk Neil Druckmann.

Satu nama yang diumumkan sebelum ini, dan juga tersenarai di IMDB adalah Ali Abbasi akan tetapi nama beliau tidak dinyatakan di dalam senarai oleh Directors Guild of Canada.

Berdasarkan senarai tersebut, Siri TV The Last of Us juga dijangka menamatkan produksi pada 8 Jun 2022. Sebelum ini diumumkan akan tiba di HBO pada pertengahan kedua tahun depan.

Sohor Kini