Steam telah berkongsi senarai permainan yang menjana pendapatan tertinggi untuk bulan Ogos, senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan lepas, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Antara permainan yang tersenarai adalah Psychonauts 2, walaupun turut ditawarkan di dalam Xbox Game Pass, tampaknya ia masih terjual dengan baik di Steam. Selain itu, Humankind dan Naraka: Bladepoint dua IP baharu untuk genre masing-masing juga tersenarai.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Death Trash
  • Naraka: Bladepoint
  • Tetris Effect Connected
  • Grime
  • Madden NFL 22
  • Car Mechanic Simulator 2021
  • Twelve Minutes
  • Mir4
  • Carrier Command 2
  • Patron
  • Humankind
  • Road 96
  • Mortal Shell
  • Sprocket
  • Bless Unleashed
  • King’s Bounty II
  • Aliens: Fireteam Elite
  • Lawn Mowing Simulator
  • Psychonauts 2

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini