Square Enix telah mengumumkan yang Life is Strange Remastered akan dilancarkan pada 1 Februari 2022 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Life is Strange Remastered sepatutnya tiba pada tahun akan tetapi Square Enix telah menunda untuk memberi lebih ruang kepada pembangunan permainan terbaru Life is Strange: True Colors.

Permainan ini akan menyertakan permainan pertama untuk siri ini iaitu Life is Strange dan juga penambahan Life is Strange: Before the Storm yang telah menerima penambah-baikkan grafik, termasuk juga penggunaan enjin baharu yang menjadikan pengalaman bermain lebih baik.

Sohor Kini