Garena telah mengumumkan yang permainan pertempuran royale mereka iaitu Free Fire akan menerima acara kolaborasi bersama dengan Sony Pictures untuk filem akan datang mereka iaitu Venom: Let There Be Carnage.

Acara ini akan bermula pada 10 Oktober di mana terdapat pelbagai kandungan berkait dengan filem tersebut, termasuk juga barangan di dalam permainan dan barangan boleh dikumpul.

Pemain juga boleh menggunakan kostum Venom: Let There Be Carnage melalui berkas kostum yang akan ditawarkan.

Selain daripada itu, filem Venom: Let There Be Carnage yang akan mula disiarkan pada 11 November ini juga akan mempunyai elemen-elemen permainan Free Fire yang anda boleh cari semasa menonton filem tersebut.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini