Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store menawarkan satu permainan sebagai tawaran permainan percuma minggu mereka iaitu The Escapists.

Anda boleh menebusnya bermula sekarang sehingga 30 September, sebelum digantikan dengan satu permainan juga iaitu Europa Universalis IV.

The Escapists adalah permainan strategi dari pandangan atas di mana pemain akan menjadi banduan dan perlu merancang untuk melarikan diri. Ia dibangunkan oleh Mouldy Toof Studios dan diterbitkan Team 17 sejak tahun 2015 di hampir semua platform.

Epic Games Store: The Escapists

Selain itu Epic Games Store juga melakukan jualan promosi untuk bulan September yang anda boleh lihat di pautan ini.

Sohor Kini