Nintendo telah mengumumkan penambahan untuk perkhidmatan langganan Nintendo Switch Online mereka, di mana melalui pelan baharu ini, selain dapat bermain lebih 100 permainan NES dan SNES, pelanggan juga kini dapat bermain permainan Nintendo 64 dan SEGA Genesis.

Maklumat lanjut mengenai penambahan ini akan diumumkan pada bulan Oktober, bagi anda yang sedang melanggan, boleh dijangkakan yang pelan baharu ini akan mempunyai penambahan harga, yang bagi kami sedikit mengecewakan kerana penawaran Nintendo Switch Online sekarang terasa sangat terhad.

Nintendo Switch Online sebelum ini diura-urakan akan menerima permainan Game Boy dan Game Boy Color, namun buat masa ini hanya Nintendo 64 dan SEGA Genesis sahaja diumumkan.

Sohor Kini