Pada Februari lepas, Square Enix dan Nintendo telah mengumumkan “Project Triangle Strategy” iaitu permainan RPG strategi oleh pembangun Octopath Traveler, mereka juga melancarkan demo pada pengumuman yang sama.

Hari ini, ketika acara Nintendo Direct, Square Enix telah mengesahkan yang ia akan mengguna judul Triangle Strategy dan akan tiba pada 4 Mac 2022 untuk Nintendo Switch.

Anda boleh tonton video pengumuamn di bawah.

Triangle Strategy boleh dikatakan sebagai Final Fantasy Tactics yang menggunakan rekaan grafik seperti Octopath Traveler iaitu HD-2D. Pemain akan bertempur mengikut turutan berdasarkan grid.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Serenoa Wolffort iaitu pewaris kepada satu kerajaan, berdasarkan pilihan oleh pemain ia akan mengubah apa yang berlaku di dalam penceritaan untuk permainan ini.

Sohor Kini