Nintendo ketika Nintendo Direct pada pagi tadi telah mengumumkan permainan baharu untuk Kirby iaitu Kirby and the Forgotten Land. Ia adalah permainan pengembaraan 3D dan akan tiba pada suku kedua tahun 2022 untuk Nintendo Switch.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam video tersebut, diperlihatkan yang Kirby sedang mengembara di satu kawasan yang tampaknya sudah ditinggalkan oleh manusia, namun mempunyai pelbagai makhluk yang baik dan juga jahat.

Seperti biasa, Kirby boleh menjadi pelbagai watak lain untuk mempunyai pergerakan yang berlainan bagi melalui kawasan-kawasan tersebut.

Sohor Kini