Chocobo Racing adalah percubaan Square Enix untuk hadir dengan permainan Kart sendiri selepas Mario Kart mendapat sambutan yang sangat baik, ia dikeluarkan pada tahun 1999.

Pada tahun 2010, Square Enix telah mengumumkan permainan susulan iaitu Chocobo Racing 3D yang sepatutnya dikeluarkan untuk Nintendo 3DS, akan tetapi ia telah dibatalkan.

Hari ini, lebih 11 tahun kemudian, Square Enix telah mengumumkan yang Chocobo GP akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada tahun 2022. Anda boleh tonton video pengumuaman di bawah.

Ia adalah permainan Kart dan akan menyertakan pelbagai bentuk permainan yang sama seperti Mario Kart seperti pilihan kart dan watak yang berbeza, penggunaan power-up. Namun, ia juga menyertakan pelbagai elemen daripada permainan Final Fantasy termasuk juga kuasa seperti Fire, Fira dan Firaga.

Chocobo GP menyokong sesi permainan multi-pemain secara setempat dan dalam talian. Pemain juga boleh menghasilkan kejohanan tersendiri di dalam permainan.

Sohor Kini