Hyrule Warriors Age of Calamity telah diumumkan akan menerima penambahan kedua iaitu Guardians of Remembrance yang akan tiba pada 29 Oktober ini.

Ia diumumkan ketika Nintendo Direct yang berlangsung pada pagi tadi, dan anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Penambahan ini akan menyertakan penceritaan baharu seperti Battle for Kakariko Village, Battle of Goponga Village serta peringkat baharu seperti Coliseum. Pemain juga boleh menggunakan watak baharu iaitu Purah dan Robbie.

Penambahan ini ditawarkan dalam bentuk Expansion Pass yang ditawarkan dengan harga $19.99, ia juga akan menyertakan penambahan pertama yang sudah dikeluarkan pada bulan Jun lepas iaitu Pulse of the Ancients.

Hyrule Warriors Age of Calamity telah terjual sebanyak 3.5 juta unit di Nintendo Switch, menjadikan ia antara permainan terlaris untuk genre ini.

Sohor Kini