Ketika Nintendo Direct pada pagi tadi, ZA/UM telah mengumumkan yang permain RPG mereka Disco Elysium – The Final Cut akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 12 Oktober 2021 secara digital dan versi fizikal akan tiba pada awal tahun 2022.

ZA/UM juga telah mengumumkan yang permainan ini akan dilancarkan untuk Xbox One pada tarikh yang sama, versi fizikal juga akan dilancarkan pada 9 November 2021. Ia juga boleh dimainkan di Xbox Series melalui keserasian belakang.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi seorang detektif yang telah hilang ingatan akibat terlalu mabuk. Sambil menyiasat mengenai pembunuhan yang berlaku, pemain juga akan mula mengenali diri sendiri selain membentuk personaliti baharu melalui pelbagai pilihan yang diberikan.

Untuk permainan RPG, kami boleh katakan Disco Elysium adalah antara permainan terbaik yang pernah dilancarkan, ia membawa sistem RPG yang mendalam dengan pemain boleh melalui pelbagai penceritaan dan situasi dengan cara yang berbeza.

Disco Elysium – The Final Cut sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC, dan juga iOS.

*artikel dikemaskini untuk menyertakan pengumuman oleh ZA/UM mengenai versi Xbox.

Sohor Kini