Pada awal bulan ini, Square Enix telah mengacahkan yang mereka akan hadir dengan permainan kad Voice of Card: The Isle Dragon Roars dan menariknya permainan ini akan dibangunkan oleh pembangun Nier dan Drakengard termasuk juga Yoko Taro sebagai Pengarah Kreatif.

Ketika acara Nintendo Direct pada pagi tadi, mereka telah mengumumkan tarikh pelancaran untuknya iaitu 28 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Anda boleh tonton video pengumuman yang juga serba sedikit memperlihatkan bentuk permainan di bawah.

Antara yang terlibat dengan permainan ini adalah Pengarah Kreatif Yoko Taro (Drankengard, Nier), Penerbit Eksekutif Yosuke Saito (Nier), Pengarah Muzik Keiichi Okabe (Drakengard 3, Nier) dan Pereka Watak Kimihiko Fujisaka (Drakengard).

Voice of Card: The Isle Dragon Roars sudah boleh di pra-tempah melalui PS Store dengan harga RM129, melalui Nintendo eShop dengan harga $29.99, buat masa ini masih tidak tersenarai di Steam. Di PlayStation dan Switch, demo juga disertakan jika anda ingin mencuba.

Sohor Kini