Capcom ketika Nintendo Direct pagi tadi telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan penambahan untuk Monster Hunter Rise iaitu Sunbreak, ia dijangka akan tiba pada suku ketiga tahun 2022.

Di pengumuman tersebut, mereka mengatakan yang ia akan menambah penceritaan, menyertakan raksasa dan kawasan baharu. Selain itu, terdapat juga aksi dan misi Rank baharu.

Monster Hunter Rise buat masa ini hanya dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan telah mencatat 5 juta jualan setakat bulan April yang lepas. Permainan asas dan juga penambahan Sunbreak juga akan tiba di PC pada tahun depan.

Sohor Kini