Tokyo Game Show 2021 akan dianjurkan bermula pada 30 September ini sehingga 3 Oktober 2021, seperti tahun lepas, ia dianjurkan dengan memfokuskan kepada acara secara digital, akan tetapi tahun ini mereka juga mengadakan acara secara fizikal tetapi khusus kepada media dan pempengaruh sahaja.

Baca: Tokyo Game Show 2021 Kongsi Jadual Penstriman – Bermula 30 September Sehingga 3 Oktober 2021

Bersempena dengan acara tersebut, Sony Interactive Entertainment melalui PS Store telah menganjurkan jualan promosi untuk pelbagai permainan bermula sekarang sehingga 4 Oktober 2021.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Scarlet Nexus – RM167.30
  • Final Fantasy VII Remake – RM145.80
  • Persona 5 Royal – RM126.00
  • Nier: Automata Game of the Yorha Edition – RM84.50
  • Marvel’s Spider-Man Game of the Year – RM76.05
  • Marvel’s Spider-Man: Miles Morales – RM146.30
  • Monster Hunter: World – RM66.00
  • Judgment – RM44.00
  • Yakuza: Like a Dragon – RM114.50
  • Resident Evil 7 – RM43.89
  • Detroit: Become Human – RM19.75
  • The Outer Worlds – RM87.12

Anda boleh layari pautan ini untuk melihat kesemua tawaran yang disertakan di dalam jualan promosi ini.

Sohor Kini