MDEC sebelum ini telah mengumumkan penganjuran Malaysia Digital Creativity Festival dan juga kerjasama bersama dengan Vuulr untuk membawa animasi tempatan ke pasaran global.

Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan akan hadir dengan Kajian Industri Untuk Permainan Video Di Asia Tenggara, dan hari ini laporan penuh untuk kajian tersebut dikongsi dan anda boleh membaca secara penuh di pautan ini.

Secara ringkasnya, berikut adalah antara laporang yang dikongsi melalui kajian ini;

  • 52% studio permainan video terlibat dengan pembangunan permainan sendiri dan juga pihak ketiga, ia meningkat berbanding 23% pada tahun 2015. Ini memperlihatkan kematangan sesuatu video meningkat dengan terlibat dengan pelbagai projek berbeza berbanding fokus kepada satu bahagian sahaja.
  • Pada tahun 2021, 48% studio permainan video ditubuhkan kurang daripada 3 tahun yang lepas, berbanding pada tahun 2015 62%.
  • Umur purata untuk pembangun pula adalah 26 sehingga 35 tahun di Vietnam dan Malaysia berbanding pada tahun 2015 di mana umur 25 ke bawah adalah majoriti.
  • Malaysia adalah antara tiga negara utama di Asia Tenggara yang menjadi tarikan pelabur kerana sokongan kerajaan dan juga ekosistem yang baik.
  • Tiga pasaran utama untuk studio permainan video di Asia Tenggara adalah Amerika Syarikat 17%, Asia Tenggara 16% dan Eropah 14%
  • Jumlah perbelanjaan di Asia Tenggara mencecah $4.4 bilion berdasarkan laporan oleh Newzoo.

Dengan pasaran permainan video di Asia Tenggara terus meningkat, studio permainan video juga makin bertambah, termasuk juga studio luar negara yang membuka cawangan di Malaysia.

Baca: 5 Studio Permainan Video Luar Negara Yang Mempunyai Cawangan Di Malaysia.

Sohor Kini