Ketika acara Gamescom pada bulan Ogos lepas, Strikerz Inc telah mengumumkan permainan simulasi bola sepak baharu yang dikatakan memfokuskan penawaran yang adil dan bukan bayar untuk menang iaitu UFL.

Hari ini, mereka telah mengumumkan yang Oleksandr Zinchenko iaitu pemain boleh untuk Manchester City dan juga negara Ukraine sebagai duta rasmi untuk permainan tersebut.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga memperlihatkan rekaan model 3D untuk Zinchenko yang boleh dikatakan menggambarkan kualiti grafik untuk permainan ini.

UFL sudah dibangunkan sejak tahun 2016, dan akan ditawarkan secara percuma. Ia akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi tetapi mereka ingin memberikan pengalaman yang berbeza dengan permainan simulasi bola sepak yang lain.

Di dalam permainan ini, pemain akan mencipta kelab tersendiri dan memilih pemain daripada 5000 pemain bola sepak profesional yang berlesen.

Sohor Kini