Riot Games telah menganjurkan pelbagai kejohanan untuk Wild Rift, namun kebanyakannya adalah terhad kepada kejohanan untuk benua tertentu.

Minggu ini, mereka telah mengumumkan kejohanan antarabangsa pertama untuk permainan tersebut iaitu Wild Rift Horizon Cup 2021.

Ia akan dianjurkan pada 13 November sehingga 21 November 2021 di Suntec, Singapura. Ia juga akan melibatkan 10 pasukan terbaik yang akan dipilih melalui peringkat kelayakan di setiap benua yang berbeza.

Maklumat lanjut mengenai Wild Rift Horizon Cup 2021, termasuk juga pusingan kelayakan, tawaran hadiah dan juga penstriman akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini