Deadline telah melaporkan yang filem ketiga untuk siri Fantastic Beasts telah mengesahkan judulnya untuknya iaitu Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore. Mereka juga mempercepatkan tayangan iaitu pada bulan April tahun depan berbanding bulan Julai.

Seperti dua filem sebelum ini iaitu Fantastic Beasts and Where to Find Them yang dikeluarkan pada tahun 2016, serta Fantastic Beasts: The Crime of Grindelwald yang dikeluarkan pada tahun 2018 ia akan mengikut watak utama Newt Scamander lakonan Eddie Redmayne.

Seperti diumumkan sebelum ini, Johnny Depp tidak lagi akan membawa watak Gellert Grindelwald sebaliknya watak tersebut akan dilakonkan oleh Mads Mikkelsen bermula dengan The Secrets of Dumbledore.

Berdasarkan sinopsis awal, The Secrets of Dumbledore akan berlaku beberapa tahun selepas kejadian di filem terakhir, dengan kuasa Grindewald semakin bertambah, Dumbledore telah meminta Newt Scamander untuk melawan dengan pengikut Grindewald. Ia juga memberi kesan kepada penglibatan “ahli sihir” dengan Perang Dunia Kedua.

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore juga akan diarahkan oleh David Yates seperti dua filem sebelum ini.

Sohor Kini