Seperti yang telah kami kongsikan di atas, selepas pergaduhan yang lama di antara Apple dan Epic Games, mereka akhirnya mendapat keputusan pertama dari mahkamah dan boleh dikatakan yang Epic Games yang kalah di dalam pergaduhan tersebut.

Baca: Mengapa Epic Games Yang Kalah Di Dalam Pergaduhan Dengan Apple

Epic Games telah mengesahkan yang mereka akan melakukan rayuan di atas keputusan tersebut, akan tetapi semasa menunggu perkara tersebut selesai, Tim Sweeney telah berkongsi yang mereka meminta untuk membawa kembali Fortnite ke App Store dan mengikut polisi Apple yang ditetapkan.

Namun, mereka juga berharap yang Apple membenarkan untuk Epic Games meletakkan pautan di dalam permainan yang membolehkan pemain melakukan pembelian di dalam aplikasi di luar App Store, seperti yang diarahkan oleh mahkamah (satu-satunya ‘kemenangan’ untuk Epic Games).

Permintaan tersebut telah ditolak, di mana Tim Sweeney berkongsi jawapan daripada Apple mengatakan yang Epic Games sebelum ini melanggar polisi mereka secara sengaja, oleh itu Epic Games telah diharamkan daripada kembali ke App Store selagi rayuan masih dilakukan.

Menurut Tim Sweeney lagi, proses rayuan boleh mengambil masa 5 tahun, dan kecewa dengan Apple dan beliau mengatakan Apple telah “menipu” dengan mengatakan yang mereka sekadar ingin Epic Games untuk mengikut polisi mereka.

Dengan perkembangan terbaru ini, boleh dikatakan yang Fortnite tidak akan kembali ke App Store buat masa terdekat ini.

Sohor Kini