Netflix telah mengumumkan yang mereka akan mengambil-alih Roald Dahl Story Company (RDSC) iaitu satu syarikat yang memegang hak kandungan oleh Roald Dahl, iaitu penulis yang telah membawa pelbagai watak popular seperti Matilda, The BFG, Fantastic Mr. Fox, Willy Wonka dan The Twits.

Mereka sebelum ini telah mempunyai projek bersama di mana Netflix telah mengumumkan yang Taika Waititi akan menjadi penulis dan pengarah untuk dua siri animasi Charlie and the Chocolate Factory. Mereka juga sedang bekerjasama dengan Sony serta Working Title untuk adaptasi bagi Matilda The Musical.

Dengan pengambil-alihan ini, Netflix mengatakan yang mereka akan kembangkan lagi penawaran kandungan Roald Dahl melalui filem aksi nyata, siri TV, penerbitan, permainan video, pengalaman immersive, teater dan juga produk-produk lain.

Netflix tidak mengumumkan kos pengambil-alihan ini, akan tetapi ia dijangkakan merupakan sesuatu dengan kos terbesar di dalam sejarah perkhidmatan penstriman tersebut.

Sohor Kini