Sony Interactive Entertainment sebelum ini telah mengumumkan yang Gran Turismo 7 akan dikeluarkan pada 4 Mac 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Hari ini, mereka telah berkongsi ganjaran pra-tempahan dan juga Edisi Ulang Tahun Ke-25.
Setiap pra-tempahan, pemain akan mendapat kereta dan juga kredit;
Selain itu, terdapat juga versi Digital Deluxe Edition yang memberikan kesemua ganjaran pra-tempahan dan juga;
Edisi biasa untuk Gran Turismo 7 di PS Store ditawarkan dengan harga RM249 untuk PS4, dan RM299 untuk PS5, manakala Digital Deluxe Edition ditawarkan dengan harga RM379. Bagi yang membeli edisi biasa untuk PS4, boleh naik taraf ke PS5 dengan caj tambahan RM50.
Bagi versi fizikal, SIE juga mengumumkan Edisi Ulang Tahun Ke-25 yang akan menyertakan kandungan seperti Digital Deluxe Edition dengan tambahan SteelCase yang mengandungi cakera untuk permainan di PS5 dan baucar untuk permainan di PS4.
Maklumat lanjut mengenai sesi pra-tempahan untuk versi fizikal akan diumumkan kemudian termasuk juga harga untuk Edisi Ulang Tahun Ke-25.