Blizzard telah mengumumkan yang Chacko Sonny iaitu Penerbit Eksekutif untuk siri permainan Overwatch termasuk juga Overwatch 2, dan juga merupakan Naib Presiden untuk studio tersebut telah meninggalkan Blizzard untuk “berehat”.
Namun, Blizzard mengatakan yang pembangunan untuk Overwatch 2 tidak akan terjejas dan ia sudah memasuki peringkat terakhir dan akan diperlihatkan secara lanjut ketika kejohanan akhir untuk Overwatch League iaitu hujung minggu ini.
Pada tahun ini, Blizzard telah memperlihatkan ramai orang penting studio tersebut meninggalkan mereka, antaranya adalah Presiden iaitu J. Allen Brack, Pengarah Diablo IV Luis Barriga, Ketua Pereka Diablo IV, Jesse McCree dan juga Pereka World of Warcraft Jonathan LeCraft. Manakala pada bulan April lepas, Jeff Kaplan iaitu Pengarah untuk Overwatch juga meninggalkan studio tersebut.