Selepas ditunda dari tarikh asal iaitu bulan lepas, Ember Labs akhirnya melancarkan Kena: Bridge of Spirits secara rasmi pada 21 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC melalui Epic Games Store.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga telah berkongsi video pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal Kena yang akan mengembara dan melawan pelbagai penjahat menggunakan tongkat ajaibnya, yang juga boleh diubah menjadi panah. Kena juga akan ditemani oleh Rot yang boleh dihias dan juga digunakan di dalam permainan seperti menggerakkan barang dan juga menjadi pertahanan.

Jika anda berminat, Kena: Bridge of Spirits boleh didapatkan di PS Store dengan harga RM169 atau RM209 untuk Digital Deluxe Edition, manakala di Epic Games Store dengan harga RM69.99 atau RM88.99 untuk Digital Deluxe Edition

Sohor Kini