Pada minggu ini beberapa laporan telah dikeluarkan yang mengatakan Quantic Dream iaitu studio yang popular dengan permainan seperti Detroit: Become Human dan Heavy Rain sedang membangunkan permainan Star Wars.

Perkara tersebut pertama kali dikatakan oleh VGC berdasarkan kenyataan satu channel Youtube iaitu Gautoz, ia juga kemudiannya dilaporkan oleh DualShockers yang mengatakan mendapat perkara yang sama dari sumber yang berbeza. Kotaku juga telah mengeluarkan laporan tersendiri.

Menurut mereka, walaupun mereka tidak dapat mengesahkan sepenuhnya mengenai perkara ini, tetapi berdasarkan sumber yang berpengetahuan mengenai Quantic Dream mengatakan yang studio tersebut telah membangunkan permainan Star Wars sejak setahun yang lepas.

Selain itu, ia juga dikatakan yang berbanding permainan kebiasaan untuk Quantic Dream yang memfokuskan kepada pengembaraan, permainan Star Wars kali ini lebih memfokuskan kepada aksi dan dan juga mungkin menyertakan dunia terbuka serta fungsi multi-pemain.

Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi oleh Quantic Dream dan juga Lucasfilm Games.

Sohor Kini