Jepun boleh dikatakan satu diantara segelintir negara yang masih lagi mempunyai populasi gamer yang berminat dengan industri permainan arked. Sayangnya, akibat wabak COVID-19, arked-arked di negara tersebut juga dilihat semakin berkurangan setiap bulan.

Pada tahun lepas, Sega, salah satu syarikat permainan video tertua di Jepun telah menutup bangunan arked mereka di Akihabara di Tokyo, dan mengumumkan bahawa setahun kemudian, bangunan arked mereka satu lagi, iaitu Sega Ikebukuro GiGO juga akan ditutup.

Hari tersebut itu ialah hari ini, dimana Sega menutup pintu bangunan arked tertua mereka, yang sebelum ini telah beroperasi selama 28 tahun. Sebab yang diberikan mengapa bangunan ini ditutup ialah tempoh pajak tanah mereka tamat pada tahun ini, dan syarikat tersebut tidak mahu memperbaharuinya untuk menyambung perniagaan tersebut.

Bangunan Sega Ikebukuro GiGO ini mempunyai tujuh tingkat penuh dengan pelbagai jenis permainan, termasuklah permainan video, permainan pingat, permainan kren dan sebagainya. Pihak Sega juga telah mengadakan pelbagai jenis acara penutup untuk membolehkan orang ramai untuk datang dan berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah daripada anak patung sehinggalah konsol permainan video sebelum pintu-pintu bangunan arked ini ditutup selama-lamanya.

Sohor Kini