Reuters telah melaporkan yang Netflix mula menawarkan pelan baharu untuk perkhidmatan mereka di Kenya. Pelan ini adalah khusus untuk peranti pintar dan ia adalah percuma.

Pelan percuma ini menawarkan kandungan secara terhad antara yang disertakan adalah siri Money Heist, Bridgetorn dan juga siri tempatan Afrika iaitu Blood & Water dan beberapa kandungan lain. Ia boleh ditonton tanpa sebarang iklan.

Netflix sebelum ini telah menawarkan beberapa siri dan filem secara percuma yang boleh ditonton tanpa memerlukan akaun, antaranya adalah To All The Boys I’ve Loved Before.

Namun, untuk pelan kali ini, ia lebih menyeluruh di mana pengguna boleh mencipta akaun dan mengakses Netflix seperti pengguna yang berbayar, namun kandungan-kandungan yang tidak boleh ditonton akan “dikunci”. Pengguna juga tidak boleh memuat turun kandungan tersebut.

Buat masa ini, ia ditawarkan di Kenya dan Netflix dikatakan akan mengembangkannya di negara di benua Afrika yang lain dengan harapan pengguna pelan percuma ini akan menjadi pelanggan berbayar.

Sohor Kini