Ubisoft telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan siri aksi nyata berdasarkan permainan Driver dengan kerjasama bersama Binge iaitu platform penstriman filem dan siri TV baharu.

Driver merupakan siri permainan aksi pengembaraan di mana pemain akan berada di dalam kereta sahaja dan memerlukan pelbagai misi di dalam dunia terbuka. Ia dikeluarkan pertama kali pada tahun 1999 dan permainan utama terakhir adalah Driver: San Francisco yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Ia memfokuskan kepada watak John Tanner yang merupakan bekas pelumba kereta yang menjadi polis dan menyamar untuk membanteras sekumpulan jenayah.

Siri ini akan tiba pada tahun 2022 bersama dengan pelancaran untuk platform Binge yang dikatakan tidak memerlukan sebarang pembayaran untuk langganan.

Ubisoft telah mengumumkan pelbagai permainan mereka yang akan dijadikan sebagai siri dan juga filem, antaranya adalah Assassin’s Creed, Beyond Good & Evil, Splinter Cell dan The Division.

Sohor Kini