Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hari ini telah mengumumkan penganjuran Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021, bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga mengumumkan kerjasama dengan Vuulr untuk menyediakan satu platform bagi pengeluar animasi tempatan untuk menjual hak siaran secara global.

Vuulr merupakan platform untuk menjual hak siaran bagi filem dan juga siri TV, studio boleh menggunakan platform mereka secara percuma dan hanya perlu membuat pembayaran apabila penjualan hak siaran berjaya dilakukan.

Platform rasmi untuk MDEC dan Vuulr ini akan dilancarkan pada akhir 2021, di mana setiap kandungan yang menyertainya akan dipromosi oleh MDEC dan juga Vuulr secara global. Studio yang berminat boleh mendaftar melalui jenama MDEC tanpa sebarang caj.

Sohor Kini