Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hari ini telah mengumumkan penganjuran acara Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 yang akan menjadi gabungan untuk dua acara industri kreatif di Malaysia iaitu Level UP KL untuk permainan video dan Kre8tif untuk animasi.

Seperti penganjuran kedua-dua acara sebelum ini, MYDCF 2021 juga akan dibahagikan kepada dua iaitu ‘Business Conference & Networking yang akan berlangsung sepanjang bulan September, bahagian ini menyasarkan profesional yang terlibat di dalam industri permainan video dan animasi.

Manakala pada bulan November ini, Gamified Expo akan dianjurkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kandungan terbaru kreatif baharu tidak kira permainan video dan juga animasi dari benua ini dan khususnya untuk Asia Tenggara.

MYDCF 2021 akan membawa pelbagai pilihan acara seperti Industry Conference, Business Connect Program, SEA Game Jam, bengkel dan buat pertama kali LEVEL UP KL Indie Pitch yang memberi peluang untuk pembangun permainan video berkongsi permainan mereka kepada pelabur/penerbit antarabangsa. Acara yang sama dianjurkan untuk animasi melalui Elevator Pitch.

Ia juga akan menganjurkan Blockchain Bootcamp untuk menjadi tempat bagi perbincangan dan juga pembangunan untuk permainan berasaskan rantaian-blok dan Non-Fungible Tokens (NFT).

MYDCF 2021 akan melibatkan pelbagai nama besar di dalam industri kreatif, antaranya adalah;

  • Shuhei Yoshida, Ketua PlayStation Indies
  • John Eternal, Pengarah Akaun PlayStation.
  • Chris Charia dari Microsoft Xbox
  • Kamon Yoshimura, Ketua Perhubungan Pembangun dan Penerbit Asia Tenggara Nintendo
  • Christopher¬†Bremble, Pengasas dan CEO Base Media¬†
  • Leslie Lee, Nai President Untuk Rancangan Kanak-Kanak Asia Pasifik di WarnerMedia
  • Sujit Chatterjii, Ketua Pereka Watak Animasi di Base FX

Anda boleh layari laman rasmi untuk MYDCF 2021 melalui pautan ini untuk maklumat lanjut dan cara untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti.

Sohor Kini