Lince Works telah melancarkan permainan menyelinap Aragami 2 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Seperti diumumkan sebelum ini, Aragami 2 juga disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Bersempena dengan pelancaran ini mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.

Dilancarkan hampir 5 tahun selepas permainan pertama, Aragami 2 menjanjikan sistem pertempuran baharu yang dihasilkan berdasarkan permainan-permainan aksi popular. Ia menyertakan kempen yang boleh dimainkan secara solo ataupun bersama dengan rakan.

Aragami 2 ditawarkan dengan harga RM169.00 di PS Store, RM59.00 di Steam dan $39.99 di Xbox Store ataupun melalui Xbox Game Pass.

Sohor Kini