Tencent telah mengumumkan kemaskini baharu untuk PUBG Mobile iaitu kemaskini 1.6 telah tiba yang akan menyertakan satu mod baharu dan kembalinya beberapa mod popular sebelum ini. Selain itu, mereka juga mengumumkan acara kolaborasi baharu.

Mod baharu yang disertakan adalah Flora Manace, di mana pokok Yarilo akan tiba di sekitar peta yang akan memberikan tambahan dan juga mengisi semula nyawa pemain. Yarilo sudah tiba di Erangel, Sanhok dan akan tiba di Livik pada 22 September 2021.

Di peta Erangel terdapat juga UFO iaitu Cell Matrix, pemain boleh naik ke kapal tersebut dengan mencari Cells di sekitar peta, dan dapat melawan pemain lain apabila di dalam kapal untuk mendapat senjata secara rawak.

Selain itu, berikut adalah antara mod-mod sebelum ini yang akan ditawarkan semula di dalam PUBG Mobile;

  • Chilly Terrain di Vikendi – 8 Oktober 2021
  • Survive Till Dawn – 15 Oktober 2021
  • Runic Power – 15 Oktober 2021
  • Infection Mode – 15 Oktober 2021
  • Metro Royale: Reunion – 28 Oktober 2021
  • Titans: Last Stand – 28 Oktober 2021

Tencent juga mengumumkan acara kolaborasi baharu untuk PUBG Mobile iaitu bersama dengan permainan mudah alih KartRider Rush+ dan juga Dune iaitu filem arahan Denis Villeneuve, berdasarkan novel oleh Frank Herbert. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini