Nexon telah mengumumkan kemaskini utama untuk permainan MMORPG mereka MapleStory M. Melaluinya mereka akan menyertakan kelas watak baharu iaitu MapleStory M dan juga kawasan baharu untuk diteroka Victoria Road.
Anda boleh tonton treler pengumuman untuknya di bawah.
Kelas Dual Blade adalah watak yang menggunakan dagger di satu tangan dan katana di satu tangan yang lain, watak ini bergerak pantas, yang mempunyai serangan yang kuat termasuk juga critical hit yang tinggi.
Pemain yang memulakan watak baharu menggunakan Dual Blade akan bermula di Victoria Road iaitu satu kawasan baharu, pemain lain boleh mengaksesnya melalui Kerning City.
Selain itu, bersempena dengan hadirnya watak baharu, Nexon menganjurkan beberapa acara untuk mendapatkan pelbagai ganjaran;
MapleStory M sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.