Gamescom Asia iaitu acara satelit pertama di Asia telah diumumkan akan berlangsung pada 14 hingga 17 Oktober ini, ia adalah acara campuran secara dalam talian dan juga luar talian. Acara luar talian akan dianjurkan di Singapura.

Ia adalah acara permulaan sebelum acara yang lebih besar yang akan dianjurkan sekitar tahun 2022.

Acara ini akan dibahagikan kepada dua zon iaitu Trade dan Entertainment, melalui acara Trade pengunjung dapat berjumpa dengan pembangun dan penerbit di Asia secara dalam talian dan juga luar talian.

Selain itu terdapat juga Trade Conference yang akan melibatkan Axie Infinity, Sky Mavis, That’s No Moon, Cygames, Square Enix, Mihoyo, Zynga dan pelbagai lagi.

Mereka juga mengumumkan Gamescom Asia Primetime yang akan disiarkan pada 15 Oktober 2021, ia akan memperlihatkan treler permainan baharu dari benua ini dan juga dari negara-negara lain.

Gamescom Asia Studio juga akan berlangsung pada 16 hingga 17 Oktober untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan-permainan akan datang.

Sohor Kini