Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Free Fire sedang menganjurkan acara Moco: Rebirth yang memfokuskan kepada watak Moco yang menerima versi “fully awakened”. Kemuncak untuk acara ini adalah esok di mana pemain boleh dapatkan watak Moco secara percuma dengan log masuk permainan.

Jika pemain ingin dapatkan ‘fully awakened Moco, pemain perlu menyelesaikan misi di dalam permainan dan mengumpul “Moco awakening emblems”.

Free Fire juga menawarkan pelbagai barangan kosmetik berdasarkan acara init antaranya adalah hiasan untuk senjata SPAS12 dan AUG, Moco Scythe dan Gloowall.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan Scythe dan Gloowall serta beg galas secara percuma dengan menyertai Collection Party yang berlangsung pada 15 September sehingga 21 September.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini