Pokemon Unite telah mengumumkan yang permainan tersebut telah dimuat turun sebanyak 9 juta kali sejak dilancarkan pada 21 Julai lepas. Sebagai terima kasih di atas pencapaian tersebut, pemain akan menerima 2,000 Tiket Aeos pada 29 September ini.

Ia adalah permainan MOBA yang dibangunkan oleh Timi Studios iaitu studio permainan video di bawah Tencent. Berbeza dengan MOBA biasa, pemain perlu mengumpul bola dan menjaringkannya di setiap gol bahagian lawan untuk menang.

Pokemon Unite adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Ia akan turut dikeluarkan untuk iOS dan Android 22 September 2021.

Sohor Kini