Valorant Masters – Berlin iaitu kejohanan Masters terakhir sebelum Valorant Champions 2021 telah bermula sejak 10 September lepas, dan dengan perlawanan terakhir di antara Sentinels dan F4Q pada pagi tadi, peringkat kumpulan telah berakhir.

8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir dan lawan mereka adalah seperti berikut;

  • 100 Thieves lwn Acend
  • Team Envy lwn Sentinels
  • Vision Strikers lwn Gambit Esports
  • G2 Esports lwn KRU Esports

Manakala pasukan Paper Rex yang mempunyai seorang pemain dari Malaysia D4v4i mengakhiri kejohanan ini apabila tewas kesemua perlawanan mereka di peringkat kumpulan melawan Vision Strikers dan SupperMassive Blaze.

Bagi kelayakan ke Valorant Champions 2021, Paper Rex berkongsi mata dengan Team Secret (Bren Esports sebelum ini) untuk berada di tempat kedua dan ketiga, akan tetapi bagi perlawanan di antara kedua-dua mereka Team Secret pernah menang dengan Paper Rex mengakibatkan Team Secret yang layak terus ke Champions 2021.

Team Secret akan menyertai X10 Esports di tempat pertama untuk ke Champions 2021 sebagai wakil Asia Tenggara. Manakala Paper Rex perlu melalui Valorant Last Chance Qualifier pada bulan depan bersama dengan 10 pasukan lain dari Asia untuk merebut 1 slot.

Valorant Champions 2021 akan membawa pemain kembali ke Berlin dan dijangka berlangsung pada 2 Disember sehingga 12 Disember 2021.

Sohor Kini