Titan Quest Dan Jagged Alliance 1 Ditawarkan Percuma Di Steam

THQ Nordic telah menganjurkan jualan promosi di Steam bersempena dengan ulang tahun ke-10 studio mereka. Selain menawarkan permainan dengan potongan harga, mereka juga telah memberikan dua permainan percuma iaitu Titan Quest Anniversary Edition dan Jagged Alliance 1 Gold Edition.

Titan Quest Anniversary Edition adalah permainan aksi RPG yang menyertakan Titan Quest dan Titan Quest Immortal Throne. Ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 2006, dan Anniversary Edition dilancarkan pada tahun 2016.

Steam: Titan Quest Anniversary Edition

Jagged Alliance 1 Gold Edition adalah permainan strategi dengan sistem pertempuran mengikut turutan. Ia menyertakan Jagged Alliance dan juga penambahan Jagged Alliance: Deadly Games. Ia pertama kali dilancarkan pada tahun 1995, Deadly Games pada 1996.

Steam: Jagged Alliance 1 Gold Edition

Anda juga boleh layari pautan ini untuk melihat kesemua permainan THQ Nordic yang ditawarkan dengan potongan harga. Jualan promosi dan tawaran permainan percuma ini adalah sehingga 24 September 2021.

Sohor Kini