PUBG: New State Menerima 40 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

Krafton dan PUBG Studios telah mengumumkan yang PUBG: New State telah menerima 40 juta pra-pendaftaran di iOS dan juga Android, walaupun tarikh pelancaran untuknya masih tidak diumumkan lagi.

Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 35 juta pra-pendaftaran berbanding jumlah pertama yang dikongsi oleh mereka iaitu 5 juta selepas seminggu dan pra-pendaftaran untuk iOS baru sahaja dibuka pada bulan lepas.

Mereka sebelum ini mengumumkan yang PUBG: New State akan membawa pengalaman baharu untuk permainan battle royale ini, dengan mengambil latar masa di masa hadapan iaitu pada tahun 2051.

Ia tidak akan mengantikkan PUBG Mobile, sebaliknya akan hadir bersama, PUBG: New State dibangunkan oleh PUBG Studios sendiri manakala PUBG Mobile oleh Tencent.

Sohor Kini