Might Knight Bayu merupakan siri adiwira tokusatsu tempatan yang dihasilkan oleh Wiroes Studios. Mereka sebelum ini mengumumkan siri aksi nyata untuknya dan telah menerima episod pertama, akan tetapi akibat pandemik covid-19, tambahan episod berikutnya telah ditangguhkan.

Sebagai ganti, mereka telah hadir dengan komik sampingan iaitu Mighty Knight Bayu : Serangan Native Prime Klawaq yang anda boleh dapatkan dengan harga RM10 melalui Shopee.

Hari ini mereka telah mengumumkan yang komik tersebut telah dijadikan sebagai komik bergerak dan anda boleh tontonnya secara percuma di Youtube (kami sertakan di bawah), ia juga menyertakan lakonan suara bahasa melayu dengan sarikata bahasa Inggeris.

Sohor Kini