Bandai Namco telah mengumumkan yang permainan terbaru untuk siri Tales mereka iaitu Tales of Arise telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas seminggu dilancarkan. Mereka kongsi pencapaian ini melalui satu ciapan di Twitter.
Tales of Arise merupakan permainan ke-17 untuk siri ini, ia memfokuskan kepada penceritaan untuk watak Alphen yang merupakan watak lelaki dari planet Dahna di mana beliau tidak mempunyai sebarang ingatan dan tidak merasai kesakitan.
Satu lagi watak adalah Shionne yang merupakan gadis dari planet Rena yang disumpah dengan sumpahan ‘Thorns’ di mana ianya akan memberi kesakitan buat sesiapa yang menyentuhnya.
Tales of Arise sudah dikeluarkan pada 10 September 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.