Satu kelebihan dan juga kekurangan untuk permainan video di PC adalah pemain mempunyai pelbagai gedung dan juga penerbit juga mempunyai klien tersendiri untuk permainan-permainan mereka.

Ia baik kerana memberikan pesaingan yang lebih baik yang akan menguntungkan pemain akan tetapi pemain terpaksa memasang dan menggunakan pelbagai klien. Pemain juga akan memiliki perpustakaan permainan di banyak tempat.

Bagi anda yang bermain permainan oleh Riot Games, mereka telah mengumumkan akan hadir dengan klien sendiri yang akan menjadi rumah kepada permainan-permainan mereka seperti League of Legends, Valorant dan Legends of Runeterra.

Tambah mereka, buat masa ini pemain sudah menggunakan versi awal untuk klien tersebut yang dikhususkan bagi permainan-permainan mereka, klien baharu yang akan dikeluarkan pada 4 Oktober ini akan menjadikan ia satu untuk semua.

Sohor Kini