Epic Games Store telah menawarkan dua permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu Speed Brawl dan Tharsis seperti yang diumumkan pada minggu lepas.

Tawaran ini adalah bermula sekarang sehingga 23 September, dan pada minggu depan mereka akan menawarkan The Escapists sebagai permainan percuma walaupun buat masa ini ia tersenarai sebagai salah satu permainan percuma.

Speed Brawl adalah permainan perlawanan 2D yang mengambil konsep Smash. Ia menawarkan 6 pilihan watak dengan setiapnya mempunyai kebolehan yang tersendiri. Ia boleh dimainkan secara multi-pemain setempat dan juga dalam talian.

Epic Games Store: Speed Brawl

Tharsis adalah permainan strategi ketahanan hidup di mana pemain akan mengawal empat angkasawan yang sedang menjalankan misi ke Marikh, akan tetapi selepas melalui satu ribut, mereka terpaksa berusaha untuk memastikan kapal dalam keadaan yang baik. Ia dibangunkan oleh Choice Provisions dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2016.

Epic Games Store: Tharsis

Selain itu Epic Games Store juga melakukan jualan promosi untuk bulan September yang anda boleh lihat di pautan ini.

Sohor Kini