Pada bulan lepas, Nexon telah menganjurkan kejohanan KartRider Rush+ Race Master SEA: Blazing Track yang terbuka kepada semua pemain dari Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Kejohanan ini telah disertai oleh lebih 270 pelumba dan selepas 14 perlumbaan, GyeolFX dari Singapura telah dinobatkan sebagai juara diikuti oleh Tiera dari Indonesia, Quasar dan Mumin dari Thailand.

Selain membawa pulang hadiah wang tunai, mereka juga diberikan pilihan untuk mendapatkan mana-mana kart yang disertakan di dalam permainan. Kesemua memilih Ranger dari Musim 7 kecuali Gyeol yang memilih Supercyle iaitu kart terbaru untuk musim 8.

Jika anda terlepas penstriman langsung anda boleh tonton rangkuman untuk kejohanan tersebut melalui video kami sertakan di bawah.

KartRider Rush+ sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini