Battlefield 2042 sepatutnya menjadi permainan pertama dilancarkan sebelum Call of Duty: Vanguard dikeluarkan pada 5 November bagi “peperangan” di antara dua permainan FPS ini.

Namun, EA telah mengumumkan yang Battlefield 2042 tidak lagi dikeluarkan pada Oktober ini sebaliknya ia akan tiba pada 19 November 2021.

Mereka mengatakan yang memerlukan sedikit masa lagi untuk memastikan permainan ini mencapai tahap yang terbaik sebelum dilancarkan.

Mereka juga akan mengambil maklum balas daripada pemain yang mencuba melalui sesi beta untuk mempertingkatkan lagi pengalaman di mana maklumat mengenai sesi beta terbuka akan diumumkan sekitar bulan ini.

Battlefield 2042 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC

Sohor Kini