Nampaknya dengan pelbagai platform penstriman video semakin bertambah dan persaingan semakin sengit, masing-masing ingin menawarkan kandungan eksklusif tersendiri agar pengguna melanggan perkhidmatan mereka. Daripada kandungan asli, olahan semula, pelbagai animasi, filem dan siri TV – semuanya ada.

Selepas How I Met Your Mother diumumkan akan hadir dengan “sekuel”, How I Met Your Father di Hulu – Peacock iaitu platform NBCUniversal daripada Comcast turut ingin menawarkan olahan semula sitkom klasik mereka. Mereka telah memilih Fresh Prince of Bel-Air untuk diolah sebagai Bel-Air.

Sitkom terkenal ini adalah di mana tarian terkenal Fortnite Carlton mula muncul, dan juga permulaan kerjaya Will Smith menjadi pelakon terkemuka.

Bel-Air yang bermula sebagai videotular oleh Morgan Cooper ini dijadikan sebagai sitkom memfokuskan watak Will Smith sebagai diri beliau yang berasal daripada Barat Philadelphia berpindah kepada kawasan orang berada Bel-Air.  Ia menceritakan kisah bagaimana beliau cuba mengubah cara hidup bersama pakcik yang lebih kaya berbanding keluarga beliau yang hidup miskin.

Sitkom olahan semula ini akan mengekalkan konsep sama, dengan setiap episod mempunyai durasi satu jam. Tema Bel-Air adalah di dunia moden Amerika dan turut akan memfokuskan watak bernama Will yang dilakonkan oleh Jabari Banks. Kemudian keluarga Banks pula dilakonkan oleh Adrian Holmes sebagai Phillip Banks, Cassandra Freeman sebagai Vivian Banks, Olly Sholotan sebagai Carlton Banks, Coco Jones sebagai Hilary Banks, Akira Akbar pula sebagai Ashley Banks, pembantu peribadi mereka Geoffrey dilakonkan oleh Jimmy Akingbola, kawan baik Will iaitu Jazz akan dilakonkan oleh Jordan L. Jones dan Simone Joy Jones sebagai Lisa kekasih Will.

Morgan Cooper akan menjadi penulis bersama,pengarah dan penerbit eksekutif bersama-sama dengan T.J. Brady dan Rasheed Newson akan mengendalikan sitkom ini dan turut menjadi penerbit eksekutif. Menariknya, Will Smith turut akan terlibat mewakili Westbrook Studios bersama dengan with Quincy Jones dari Benny Medina, dan pencipta sitkom asal Andy dan Susan Borowitz juga akan memainkan peranan penting dalam sitkom ini. Universal Television akan menerbit sitkom ini.

Tarikh siaran masih belum diumumkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini