Pada bulan Jun lepas DualSense telah menerima warna hitam ataupun Midnight Black bersama dengan Cosmic Red sebelum ini, hari ini Sony mengumumkan pula set fon kepala Pulse 3D Wireless juga kini hadir dengan warna Midnight Black.

Warna yang digunakan akan menyerupai dengan warna DualSense, oleh itu bagi yang ingin memiliki warna yang sepasang, ini mungkin pembelian seterusnya untuk anda. Bagi melengkapkan koleksi Midnight Black, kita perlu menantikan konsol PS5 sendiri menerima warna baharu.

Walaupun fungsi 3D Audio disokong oleh mana-mana set fon kepala dan juga pembesar suara di TV, namun Sony mengatakan yang Pulse 3D akan memberikan pengalaman yang terbaik.

Warna baharu ini akan mula ditawarkan pada bulan depan, berkemungkinan dengan harga yang sama iaitu RM469, namun seperti konsol PlayStation 5 dan DualSense, stok untuknya juga masih lagi terhad.

Sohor Kini