Apple Arcade telah mengumumkan yang dua permainan iaitu Castlevania: Grimoire of Souls dan Temple Run: Puzzle Adventure akan dilancarkan pada 17 September ini kepada pelanggan perkhidmatan tersebut.

Castlevania: Grimoire of Souls merupakan permainan pertama kali dilancarkan oleh Konami untuk peranti pintar pada tahun 2019, tetapi telah ditamatkan sebelum dikeluarkan secara penuh. Melalui Apple Arcade mereka akan membawa semula permainan ini dan membuang pembelian di dalam aplikasi.

Temple Run: Puzzle Adventure oleh Imangi Studios, berbeza dengan permainan kebiasaan untuk Temple Run, Puzzle Adventure membawa genre permainan tekaria match-3. Mereka mengumumkan yang peringkat baharu akan ditambah dari semasa ke semasa untuk memberi sesi permainan tanpa henti.

Selain itu, Apple Arcade juga mengumumkan dua permainan yang akan datang iaitu NBA 2K22 Arcade Edition iaitu versi terbaru untuk NBA 2K21 Arcade Edition yang tiba sebelum ini. Selain itu, Tiny Wings oleh Andreas Illiger juga akan tiba. Masih tiada tarikh untuk kedua-dua permainan.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini