Skip to main content

Seperti kita sedia maklum, TGV akan beroperasi semula pada 23 September ini, namun bagi anda yang tidak sabar untuk kembali ke pawagam, TGV telah mengumumkan tayangan percuma untuk filem Godzilla vs Kong dan Mortal Kombat bagi ahli MovieClub.

Tawaran ini adalah bermula pada 16 sehingga 19 September di mana setiap hari ia hanya mempunyai satu sesi sahaja iaitu Godzilla vs Kong pada pukul 2.30 petang dan Mortal Kombat pada pukul 5.30 petang.

Berikut adalah lokasi TGV yang terlibat -Sunway Putra, One Utama, KLCC, DPulze, I-City, Sunway Pyramid, Velocity, Cheras Selatan, Wangsa Maju, Bukit Indah, Seremban 2, Mesra Mall dan Toppen.

Tiket boleh didapatkan melalui laman web TGV ataupun aplikasi di iOS dan Android. Kedua-dua filem ini dilancarkan pada tahun ini dan anda boleh baca ulasan kami untuk Godzilla vs Kong ataupun tonton ulasan untuk Mortal Kombat.

Leave a Reply