Ubisoft telah mengumumkan yang melalui acara kolaborasi bersama dengan AMC, mereka akan membawa dua watak daripada siri The Walking Dead iaitu Negan dan Maggie ke dalam permainan Brawlhalla pada 22 September ini.

Negan dan Maggie akan menyertakan tiga watak The Walking Dead yang sudah tiba sebelum ini iaitu Michonne, Rick Grimes dan Daryl Dixon. Ia juga akan menyertakan mod The Walker Attack yang memerlukan pemain untuk melawan dengan walkers.

Brawlhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini