Sony hari ini telah mengumumkan yang kemaskini untuk PlayStation 5 akan dilancarkan bermula esok untuk kesemua pemilik PlayStation 5. Melaluinya, ia akan memberikan sokongan pengunaan storan tambahan untuk konsol tersebut yang sebelum ini hanya tiba bagi pengguna sistem operasi beta.

Bersama dengan pengumuman ini, Sony juga telah berkongsi video untuk pemasangan storan tambahan tersebut.

Selain itu, kemaskini ini juga akan memberi sokongan PS Remote Play melalui sambungan internet mobile, dan juga membolehkan Share Screen ditonton melalui aplikasi PS pada 23 September.

Satu lagi perkara menarik yang disertakan melalui kemaskini ini adalah sokongan 3D Audio melalui pembesar suara di TV, sebelum ini ia hanya terhad kepada set fon kepala.

Anda boleh tonton pelbagai penambahan lain melalui video di bawah.

Sohor Kini